Senarai Kempen

Ibadah Korban Sabah (2022)

Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia (Sabah) ingin mempelawa tuan puan yang berminat untuk mendaftar program ibadah korban di negeri Sabah bagi tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah. Untuk makluman harga untuk 1 bahagian adalah RM 670.00 termasuk caj-caj pemprosesan dan lain-lain. Daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang layak di  beberapa buah kawasan dalam Sabah yang telah dikenalpasti

Sumbangan Daging Segar Hari Raya Aidilfitri

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia dengan kerjasama Muslim Care dan Masjid Al-Firdaus akan memberikan sumbangan daging segar percuma kepada para asnaf dan mereka yang layak. Justeru, pihak kami amat mengalu-alukan sekiranya tuan puan dapat menderma bagi bersama-sama menjayakan program ini. Tuan puan boleh membuat sumbangan seikhlas hati atau boleh juga membuat sumbangan RM 700 untuk 1 bahagian lembu

Sumbangan Baju Raya Untuk Anak Yatim Dan Asnaf

Seperti tahun sebelumnya, Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia ingin mengajak tuan-puan untuk menyumbang bagi pembelian baju raya untuk anak-anak yatim dan anak asnaf. Diharapkan dengan sumbangan baju raya ini dapat mengukir kegembiraan dan menceriakan mereka supaya mereka dapat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi lagi

Bantuan Kelengkapan Sekolah untuk Anak Yatim

Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia dengan kerjasama Selayang Care, Perkawanis dan Nisa Selayang dalam usaha mengumpulkan dana untuk menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan khususnya kepada pelajar anak-anak yatim. Antara barang kelengkapan tersebut termasuk beg sekolah dan pakaian seragam sekolah. Oleh itu kami berbesar hati sekiranya tuan-puan dapat bersama-sama menyumbang bagi menjayakan program ini. 

Sumbangan Pasca Banjir Bagi Negeri Selangor

Bencana yang melanda negeri Selangor baru-baru ini merupakan bencana paling terburuk sejak 7 tahun lalu sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Selangor lumpuh. Pertubuhan Rescue Ummah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan sumbangan untuk membantu keluarga yang terjejas akibat bencana banjir. Antara barang-barang keperluan adalah barangan keperluan asas, peralatan dapur, peralatan elektrik dan makanan sedia dimakan

Rayuan Sumbangan Bencana Banjir Musim tengkujuh

Berikutan keadaan banjir di beberapa buah tempat seluruh Negara harini telah menenggelamkan dan merosakkan beberapa buah rumah, peralatan rumah, makanan dan sebagainya. Atas dasar tanggungjawab, Rescue Ummah Malaysia membuka tabung banjir untuk diserahkan terus kepada mereka yang terjejas.

Rayuan Sumbangan "Free Market"

Kesan pandemik Covid 19 sangat mencabar sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan yang mendadak. Pihak Rescue Ummah Malaysia memohon sumbangan anda untuk bersama-sama dalam program “Free Market” di mana barangan segar seperti sayur, ayam dan ikan akan diagih-agihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Misi Kebajikan Dan Pendidikan Pulau mabul

Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia bersama beberapa NGO lain akan mengadakan Misi Kebajikan dan Pendidikan di Kepulauan Semporna pada 2 hingga 5 Disember nanti. Kekerapan misi ini dijalankan 3 bulan sekali sepanjang tahun. Justeru, kami amat memerlukan sumbangan tuan puan bagi menjayakan misi ini.

Infaq Santuni Anak Yatim Mangsa Covid-19

Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia bersama beberapa NGO lain akan mengadakan Misi Kebajikan dan Pendidikan di Kepulauan Semporna pada 2 hingga 5 Disember nanti. Kekerapan misi ini dijalankan 3 bulan sekali sepanjang tahun. Justeru, kami amat memerlukan sumbangan tuan puan bagi menjayakan misi ini.

Misi Bantuan Banjir Yan Kedah

Bencana banjir yang berlaku di Yan, Kedah pada tempoh hari sangat sangat menyentuh hati kita apabila dikalangan mereka ada yang kehilangan ahli keluarga dan kerosakan harta benda yang sangat dahsyat. Oleh itu, Rescue Ummah mengambil inisiatif untuk mengumpul sumbangan dari tuan puan untuk membantu mangsa2 bencana banjir di Yan, Kedah. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa2 banjir dan memudahkan urusan baikpulih harta benda mereka.