LAPORAN:- Misi Kebajikan & Pendidikan Pulau Mabul

Alhamdulillah, Rescue Ummah dan beberapa rakan NGO yang lain telah melaksanakan misi kebajikan dan pendidikan Pulau Mabul Sabah. Misi kali ini berjaya dengan izin Allah dengan asbab dari bantuan wang dan tenaga dari anda semua. Di sini kami sertakan aktiviti yang dilakukan sepanjang misi kami di sana.

HARI PERTAMA
kami mengadakan program gotong-royong mengecat semula bangunan TABIKA Islam, Forum Ehwal Islam, kenduri rakyat dan penyerahan sumbangan.

HARI KEDUA
Program hari kedua di Pulau Mabul bersama anak2 masyarakat disini. 150 orang anak2 bersama dalam program khatan perdana, pemeriksaan kesihatan percuma dan rawatan ruqyah perubatan islam. Seronok tengok masyarakat disini, walaupun kehidupan yang sangat daif tapi mereka bahagia dan tenang sahaja.

HARI KETIGA

Hari ketiga di Pulau Mabul, seusai solat Subuh kami menyantuni anak-anak dan ibubapa sekitar Masjid sini. Bagi hadiah sikit kat anak-anak. Alhamdulillah, seronok tengok mereka gembira. Sedih dan sebak juga sebab hampir semua drpd mereka adalah stateless (tiada warganegara) dan asnaf miskin. Hidup dengan hasil laut sedikit dan meniaga depan rumah mengharapkan pelancong yang datang lalu lalang boleh beli sikit.