Mengenai Kami
latar belakang
Rescue Ummah Malaysia
Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia ditubuhkan Pada 26 Mac 2019, hasil daripada jawatankuasa Rescue Ummah Malaysia balik daripada Misi bantuan ke Palu Indonesia di bawah “Misi Bantuan Cempa Bumi Dan Tsunami di Palu. ”
Rescue Ummah Malaysia mempunyai struktur organisasi yang sangat tersusun. Antara tiga tunjang ułama organisasi Rescue Ummah adalah Sektor Operasi. Sektor Pengurusan & Sektor Perhubungan Bandar.
Antara ketiga-ketiga sektor diatas Sektor Operasi adalah sektor yang paling penting kerana Sektor Operasi mempunya tiga unit yang ułama iaitu Unit dakwah, Unit Kebajikan & Unit Pendidikan. lnilah tiga teras ułama dałam menggerakkan Rescue Ummah dałam memberikan manfaat kepada masyarakat.
Selain daripada Sektor Operasi. Sektor Pengurusan juga sangat penting dałam menggerakkan Rescue Ummah ini kerana dibawah Sektor pengurusan terlibat beberapa unit iaitu Unit Media dan Unit IT. Sektor pengurusan berperanan dałam menguruskan hal-hal pentadbiran dan pengurusan Rescue Ummah. Dan akhirsekali adalah Sektor Perhubungan . Sektor Perhubungan pula berfungsi dałam membina jaringan hubungan antara masyarakat yang berada di luar negara, dałam bandar dan luar bandar.
Setelah bergerak beberapa tahun bermula daripada tahun 2019, kami tekad untuk mengembangkan gerak kerja Rescue Ummah mengikut keperluan dan rasa tanggungjawab kepada ummah. Kami juga bersetuju untuk meluaskan cawangan diperingkat negeri di seluruh Malaysia.
Objektif penubuhan
We strive for ummah
Memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu kebajikan di Malaysia dan Global
Mendapat dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan
Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
Merancang aktiviti secara bersepadu
visi
Untuk menjadi NGO yang komited untuk memenuhi kehendak masyarakat di Malaysia dan peringkat antarabangsa dalam masa yang sama membangunkan masyarakat Islam dari pelbagai aspek
MISI
Intelektual
Dakwah & Pembangunan
Kebajikan & Bantuan
RAKAN KERJASAMA NGO
Muafakat membawa berkat
Kami menjalankan kerjasama dengan pelbagai rakan-rakan dari pertubuhan NGO yang berlainan untuk bersama-sama menjayakan program kebajikan yang dirancang dari segi pengumpulan dana, gerak kerja dan kelancaran program