LAPORAN:- Bantuan Kelengkapan Sekolah Untuk Anak Yatim

Pertubuhan Rescue Ummah dengan kerjasama Selayang Care, Perkawanis dan Nisa Selayang telah mengadakan program penyerahan sumbangan kelengkapan sekolah terutamanya untuk anak-anak asnaf dan yatim bertempat di Masjid Seri Melati, Taman Melati, Batu Caves Selangor.  Seramai 300 pelajar yang layak telah menerima sumbangan dari segi beg sekolah, Baucar membeli belah Mydin (Untuk barangan persekolahan) bernilai RM 100.00 dan juga wang tunai RM 50.00. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zaidy Abdul Talib selaku pengerusi Selayang Care, diikuti oleh ucapan dari wakil NGO lain.

Penyerahan sumbangan telah dibahagikan kepada dua sesi. Setelah tamat sesi di Masjid, para pelajar dan penjaga telah bergerak ke Mydin Selayang untuk urusan pembelian pakaian sekolah menggunakan baucar yang telah disediakan. Pihak Mydin juga membantu dalam menyantuni para penjaga dan pelajar dalam memilih barangan yang sesuai dengan keperluan mereka.