LAPORAN:- Sumbangan Daging Segar Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pertubuhan Rescue Ummah telah pun mengadakan kempen kutipan sumbangan daging segar untuk diberikan kepada para asnaf yang tinggal di sekitar Bandar Baru Selayang. Kempen ini telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mei 2022 dengan kerjasama rakan NGO dari Muslim Care dan up juga Masjid Al-Firdaus selaku tuan rumah.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Fathonah (Rescue Ummah) dan diikuti ucapan alu-aluan dari En. Jafni (Ketua Operasi Rescue Ummah), En. Haji Zulkifli Wahijan (Presiden Muslim Care) dan Ustaz Haziq (Wakil Masjid Al-Firdaus). Sebanyak 100 bekas berisi 2kg daging segar telah berjaya diserahkan kepada pihak asnaf manakala bagi pihak yang tidak hadir, sumbangan diserahkan kepada wakil surau setempat untuk diagihkan.

In Sha Allah kempen ini akan diteruskan dan diperhebatkan supaya lebih ramai lagi asnaf yang mendapat maanfaat daripada program ini.