LAPORAN:- Misi Bantuan Banjir di Yan, Kedah

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Masih ramai mereka yang terkandas dan memerlukan bantuan di Yan. Sayu melihat keadaan mereka di sana…

Pada hujung minggu ini, Rescue UMMAH Malaysia dengan kerjasama Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang , Surau Hidayatul Mustaqim & Selayang Care memberikan sumbangan barangan keperluan asas sebanyak 50 barang dan Set perabot bilik kepada 5 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir kilat di Kawasan Yan 50 set Sejadah baru Dan 50 set Telekung baru.

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Surah Al-Baqarah, Ayat 155)

Justeru itu, besar harapan agar semua masyarakat dapat membantu kami untuk membantu pihak yang memerlukan.
Sumbangan kalian amat-amat kami alu-alukan, insya-Allah sumbangan tersebut akan sampai tepat pada sasaran.

Rescue Ummah Malaysia
‘We Strive For Ummah’