Misi Kebajikan & Kesihatan di Kampung Miak, Kuala Krai, Kelantan


Hari yang padat,

Alhamdulillah , Allah bagi kesempatan bersama sahabat seperjuangan ke Misi Kebajikan & Perubatan di Kampung Miak Kuala Kerai Kelantan. Kali ini saya mewakili Rescue Ummah bersama NGO Medicom selaku Ketua Misi & ada lagi NGO yg lain terdiri daripada doktor & Pegawai Kesihatan. Kampung Miak ini terletak di pedalaman yang hanya boleh dicapai dengan menaiki motosikal atau kenderaan 4×4 sahaja. Jalan masuk Off Road sejauh 1jam 30 min dari Kampung yang terdekat.


Antara aktiviti menarik disana bersama lebih kurang 30 keluarga ialah , Saringan Covid19 , Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan gigi , Perubatan Islam & yang paling menarik ialah kenduri rakyat.
Selain itu juga ada sumbagan kebajikan barangan asas kepada penduduk tempatan.
Semoga Allah merahmati usaha ini & memberkati semua sukarelawan.

Sampai nanti jumpa lagi.