Program Back To School 2

1
RM4,200.00 of RM10,000.00
Kategori:

 

BANTU MEREKA KEMBALI KE SEKOLAH

Sekolah akan mula dibuka tidak lama lagi, kebanyakan keluarga telah mula menyediakan keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka. Namun begitu ada juga keluarga yang tidak bernasib baik dan tidak mampu untuk menyediakan keperluan tersebut untuk anak-anak mereka. Terutama sekali bagi ibu tunggal dan anak-anak yatim ini.

Justeru itu, Pertubuhan Rescue Ummah Malaysia dan beberapa NGO lain dengan Kerjasama MYDIN mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak kita yang tidak bernasib baik supaya mereka dapat juga Kembali ke sekolah dengan selesa. Dana sebanyak RM 10,000 diperlukan untuk menyantuni kira-kira 200 anak-anak yang layak di mana setiap mereka akan menerima sumbangan:-

1) Beg Sekolah
2) Peralatan alat tulis
3) Uniform sekolah
4) Kasut sekolah

Jadi kami amat berharap anda semua dapat membantu bersama kami memberikan kegembiraan dan semangat untuk mereka kembali ke sekolah.