Sumbangan Daging Segar Sekitar Selayang

Hari ini kami menyerahkan sumbangan daging segar di sekitar Selayang kepada keluarga yang terkesan akibat Covid-19.
Cuma rasa luluh hati ini apabila kami ingin memberikan daging segar kepada seorang penerima ni dia maklum tuan kami tak nak lah daging segar ini. Kami pun tanya kenapa tak nak puan, dia maklum rumah dia tiada peti ais sebab peti ais dia dah dijual, Allahuakhbar sayu hati, kami pun beri Dan mintak dia masak juga untuk buat lauk hari ini.