Sumbangan Air Mineral dan Kipas Industri Kepada Frontliner Hospital Kuala Kubu Bharu


Pada hari ini Rescue UMMAH Malaysia dengan kerjasama Selayang Care dan Perkawanis memberikan sumbangan air mineral sebanyak 30 kotak dan Kipas industri 5 unit kepada Frontliners di Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Rescue Ummah Malaysia komited untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan lebih-lebih lagi dalam fasa pandemik ini.

Justeru itu, pihak kami berharap agar semua masyarakat dapat membantu kami untuk membantu pihak yang memerlukan. Sumbangan kalian amat-amat kami alu-alukan, insya-Allah sumbangan tersebut akan sampai tepat pada sasaran.

Rescue Ummah Malaysia
‘We Strive For Ummah’